Pages

Tuesday, December 31, 2013

Apakah?????

Assalammualaikumm..
hiii farah -_-

ermm apakah yang telah kau lakukan farah?? 3 papers touched down.. 3 more to go.. tu laa, mainmain lagi.. cuti lama kan?? seminggu! apasai tk study.. sebelum ni bserah sangatlaa kan kalau pointer teruk.. dah bajet eh? hoi, kalau failed nak repeat ke? NO WAYYYY.. taknak.. Genetics buat sakit kepala.. carrymarks teruk! at least kene lulus kalau tk nak repeat.. ermmmm.. ya Allah.. aku dah buat sehabis baik dah.. tapi yela, aku mana sempat study semua! aku balik kampung dan.. mindset aku tetiba macam ape je.. *kalau study pon takboleh jawab, sama je tak study* subhanallah.. aku berputus asa di tengah jalan.. Farah farah -_-

sekarang? tiga paper dah kau jawab.. puas aty tak? ermmm okok.. frankly soeak, aku memang tk habis study and tk study langsung.. malam nak final tu baru study.. gile tk rasa? nak memain lagi ke lepas ni? pointer jatuh teruk jangan salahkan org lain.. salahkan diri sendiri yg mainmain tk serius! ya Allah.. terima kasih atas bantuan yang telah kau beri.. aku tahu, aku tak habis study tp Allah bantu aku.. kalau tk aku tak mampu nak jawab langsung.. tp alhamdulillah.. Allah permudahkan insyaAllah.. terima kasih Ya Allah..

its okay.. just dont bother for what people say and for what people do.. aku? aku memang tak boleh tgk org sekeliling stress belajar.. and aku akan stress samaa.. bila dah stress tu yg susah! actually aku masih mencari study method yg sesuai untuk aku.. macam time sekolah ka, time asasi ka, time bebila ka.. hahahah okok serius! right after keluaq result, aku akan decide apa yang terbaik.. hee :D

Tuesday, December 24, 2013

Be Matured Farah!

bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum..

no mood today.. my study mood is totally changed bila bergaduh dengan dik beradik sendiri.. kat mana? kat PUBLIC.. well, sapa tak malu kan.. as manusia biasa lah, siapa yang akan berdiam diri bila dihina, dicaci, dimaki.. dengan siapa? dengan kakak sendiri.. ermmm aku taktahulaa.. aku dah cuba nak mintak maaf, walaupun the fault is not mine for 100%.. i was just giving my own opinion and she just cant accepted it.. mungkin cara penyampaian aku salah.. yes, i admit that.. tapi entahlah.. tak cukup ke dugaan aku ya Allah.. sekarang yang ni pulak.. tak habis-II.. aku takut.. aku takut dengan semua ni.. aku rasa macam, aku nak mati.. aku rasa macam lebih baik aku mati.. sekarang..

wahai kakak-II yang nasihatkan aku, mungkin korang taktahu.. taktahu apa yg berlaku.. bila aku cuba terangkan, balik-II aku yang salah.. kenapa? sebab nampak aku yang BIADAP? sebab nampak aku yang KURANG AJAR? aku sorang yang tak kenang budi.. mashaAllah.. jauh sekali dalam hati aku ni nak lupa diri.. kalau pun aku dah berada di menara gading, aku sedar.. tanpa keluarga aku sendiri aku takkan berada kat sini.. tapi kalau nak berbalah, perlu ke sentuh pasal pandai ke bodoh ke.. duit, makan, pakai.. semua? aku sedar, sekarang aku memang tak mampu nak berjasa pada keluarga sendiri.. aku tahu.. belum tiba masanya! 

salah ke aku cuba nak bersuara? salah ke aku? cara tak betul? at least aku tak buat di public.. ouhhh mungkin aku baru setahun jagung.. subhanallah.. ya Allah, ampunkan dosa hambamu ini.. :'( aku sayangkan keluarga aku.. tapi.. entahla.. buntu.. sekarang aku ada lagi banyak masalah yang kene fikir.. bukan ni je.. dengan final, masalah itu masalah ini.. practical.. duit.. ya Allah :( kuatkan hati hambamu ini.. ye, mungkin ada yang suka dedahkan pada semua org.. apa masalah yang kau ade.. tapi aku, biarlah orang nampak aku gembira, tersenyum.. tapi aku je yang tahu apa masalah yang aku hadapi..

Sunday, December 22, 2013

Take a Deep Breath and Keep Calm..

Assalammualaikum..

hati.. kenapalahh asyik nak menangis.. c'mon.. cukuplah, nak bersedih kenapa lagi kan? just try to forget all those things... hurmm.. entahlaa, sangat terasa dengan keluarga sendiri.. ya Allah.. takpa, biarkan jelaa.. mungkin ni masa dorang buat aku.. biarkan jelaa.. redha dengan segalanya Farah.. tuhan nak bagi yang terbaik, insyaALLAH.. tapi, siapa yang sanggup kan? aku terasa macam asing sangat.. asing dalam keluarga sendiri.. aku ni siapa? tak mungkin aku nak pertikaikand arah yang mengalir dalam diri aku dengan yang ada pada mereka.. tapi kenapa aku lain?? salah ke aku mempertahankan ibu aku? salah ke? terasa macam apa yang aku buat siasia.. aku mengalah.. aku kalah!

ye, aku menyesal sebab terlalu bergantung pada keluarga sendiri.. entahlah, aku rasa.. bila aku belajar ni sangat menyusahkan semua orang.. duit yuran, duit kocek, keperluan.. semua menyusahkan family aku.. bila masa waktu tegang sikit, habis semua benda diungkit.. entahlah, aku taktahu.. aku tk sabar nak masuk alam pekerjaan, ssupaya aku boleh bayar semua duit adik-beradik aku yang dah bersusah-II untuk aku.. ye, aku nak bayar balik.. kalau mampu, sekarang jugak aku nak bayar.. tapi.. entahla, niat kat hati tknak susahkan org lagi.. tknk mintak ibu ayah lagi.. tp makin hari makin aku susahkan.. aku rasa aku belajar ni menyusahkan semua orang.. ya Allah, terlalu berat dugaan pada aku ni~ aku rasa macam dah putus asa..

iri hati aku rasa pada orang lain.. keluarga senang, dapat JPA.. aku? susah.. biasiswa pon takde.. aku paksa hati ni percaya, bahawa rezeki aku belum sampai.. tapi, sampai bila? lama dah aku kecewa.. sekarang, tambah lagi dengan kekecewaan yg baru.. aku rasa keluargalah insan terbaik untuk bagi aku semangat and tenaga.. tapi sekarang to be honest with myself, aku down dengan sikap diorang.. ye, mungkin umurku baru 20.. but, will u'll treat me like an adult? stop treating me like a child.. aku tktahu laa.. i'm just lost.. aku rasa macam kalau aku mati lagi baik.. tp yaAllah, aku terlalu banyak dosa.. aku tk sanggup menanggung siksaan nanti.. ermmm.. subhanallah..

kesusahan aku tk siapa tahu.. bila aku cuba luahkan, mereka akan cakap.. aku tktahu kesusahan diorang.. what to say.. so i can just shut my mouth up.. that's it.. sampai satu tahap, aku balik dari kampung tangan kosong.. aku ade 3rm je dalam purse.. aku nak survive lagi sebulan lebih kat U.. mashaAllah.. sampaikan aku tk mampu nak tahan airmata.. glad that someone is here by my side.. dia yang banyak tolong aku.. bila aku tk makan, dia yang risau.. dia yang share duit dia.. and skarang, aku malu.. aku dah tk mampu nak cerita kesusahan aku lagi pada dia.. sebab aku tahu, dia tkkan teragak-II nak bersusah payah untuk aku lagi.. terima kasih teman :')

yuran aku yang tertunggak sampaikan aku tk boleh daftar kursus untuk sem depan.. yuran kolej.. rm500++.. just imagine, dalam bank aku pon ade tk sampai 50 hengget.. aku nak bayar pakai ape?? aku buntu.. last choice aku pinjam dua orang kawan.. seratus setiap sorang.. aku tahu, hutang wajib dibayar.. tp sekarang, aku tengah kering.. tersangat kering.. ermmm.. insyaAllah, sem depan aku janji akan bayar.. habis final dengan camp.. yuran nasib laa aku da bayar.. tapi nak kesana? duit lagi.. ya Allah, aku dah takde duit :'( aku malu nak tarik diri sebab takda duit.. ya Allah.. dugaan lagi.. lepas habis camp, practical menyusul.. kat Pahang.. duit rumah, transsport, makan.. semua.. aku takda duit ya Allah.. :'(

last choice again, aku terpaksa lepaskan barang kesayangan aku.. handphone kesayangan.. yang aku beli dengan duit sendiri.. aku terpaksa :'( sikit sebanyak mungkin dpt tanggung aku bila pergi praktikal nanti.. ye, aku terdesak.. tak siapa yang tahu.. aku nekad.. takpa ya Allah.. aku cuba hadapi dugaan ni dengan hati terbuka.. semoga ada cahaya dihujung sana :)

The Start of Study Week!

Assalammualaikum..
Holaaaa!!

hari ni adalah hari kedua study week.. ermmm biasalah, awal-II ni mana lah nak study sangat.. takda mood katanya kan! semalam.. semalam sangat best.. sebab jadik volunteer untuk satu program.. tu peringkat universiti katanya.. and yang penting, dapat duit.. hahahah oklaa sehari 30rm.. sapa nak bagi kan? hehehehe tetengah takda duit ni, baguih sangat laa kan.. at least dapat nak tampung aku masa study week.. at least :) and aku bawah encik Safwan.. kene jual buku.. again, its all about money.. and dea bagi kepercayaan untuk aku pegang duit.. again =='' bukan sesikit ye mak, hari tu punye keuntungan saje dah berbelas ribu hengget.. fuhhh.. dasyat kan..

and bila aku libatkan diri dalam program postgraduate *master and PhD student* barulah aku nampak.. dorang tu semua sesenang belaka.. beli buku nipis harga 50rm keatas tk jadi masalah.. kekadang sorang je spend about 200rm on that time.. seriously, i'm quite shocked laa.. and aku tahu, kalau nak menimba ilmu tu tk kira kau berumur berapa.. sebab yang kat situ, daripada umur muda 20an sampai laa ade yang pangkat atok nenek.. serius wehh.. and ade yang hensem-II!! hikhik..


Hi awak! comel tk kak ton? ahahhaahah


ni laa volunteer-II nya.. u guys r awesome!!

start daripada pepagi buta, sampai laa ke petang.. memang penat..dengan sakit kepala semua.. tp ade makanan yang tak habis tu, kitorang bedal laa kan.. roti tk payah cakap laa.. berduyun-II bawak balik.. boleh dimakan semasa study.. hahahahah seronoknya! roti gardenia plak tu.. hikhik..

tapi aku ada satu benda yang.. *ermm* tulahh bila kawan sendiri.. jumpa kawan lama dia balik, nak beseronok mana ingat kita kan.. cer bila takde kawan lama tu.. ermmmm rasa macam.. entahlah.. nak kecik hati, tapi malas.. macam no use.. buat ape.. kan? yang penting aku happykan hidup aku sendiri..



Saturday, December 21, 2013

Up and Down in the Sea of Life

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum..

Ya Allah, kuatkan semangat hambamu ini.. terlalu banyak dugaan yang mendatang.. bertimpa-II.. takdapat aku tanggung.. aku hanya mampu mengalirkan airmata.. hati, jangan mudah berputus asa sayang.. Allah sygkan kau.. Allah nak uji kau.. jangan kalah dalam medan pertempuran ni.. dah setengah jalan menuju kejayaan.. ibu, ayah.. farah terlalu sayangkan ibu dan ayah.. kalau something berlaku, farah sanggup korbankan nyawa dan segalanya.. tp farah rindukan kita yang dulu.. bukan yang sekarang.. takpe, kita cuba perbaiki satu persatu dulu.. farah akan cuba yang terbaik.. kalau pun masa bersama ayah tk panjang, biarlah setiap sorang daripada kita menghargai ayah selagi dia masih ada.. 

teguran.. jangan anggap teguran daripada orang yang lebih muda itu sampah.. peringatan buat diri sendiri juga.. jangan anggap orang yang lebih muda itu tidak matang.. jangan anggap orang yang lebih muda tidak tahu apa-II.. peringatan buat diri sendiri.. aku kene belajar terima pandangan orang lain.. dudok dan hayati.. apa yang dah aku lakukan terhadap semua orang lain.. adakah aku buat perkara yang betul? mana yang tak betul tu, jangan dijadikan amalan.. buang jauh-II selagi mampu.. walaupun umur aku sekadar kepala 2, tapi aku sepatutnya lebih arif untuk mentafsir keadaan.. kesusahan yang aku hadapi seharusnya mengajar aku untuk lebih kuat dan waspada..

kalau pun darah daging aku sendiri nak buang aku jauh-II, aku redha.. sebab Allah ade bersama aku.. hanya disebabkan teguran atas tuduhan yang tak berasas.. aku tetap berpegang pada prinsip aku.. aku cuma tak sanggup bila ayah ibu diperlakukan seperti bukan sesiapa.. aku tak mampu.. terlalu banyak pengorbanan mereka terhadap aku.. terlalu banyak.. maafkan anakmu ini.. masa untuk aku balas jasa-II mereka belum tiba lagi.. jika dipanjangkan umur, akan aku balas satu persatu yang telah mereka korban untuk aku.. kalau pun aku tkda gaji besar satu hari nanti, akan ku pastikan duit hasil titik peluhku itu diberkati olehNya.. tak banyak yang boleh dibagi, sikit pun jadi..

ya aku kene terus kuat.. ingat semula tujuan aku berada kat sini.. untuk mereka.. mereka yang berkehendakkan aku disini.. aku dah berjanji sejak kali pertama jejakkan kaki disini.. aku buat ikhlas untuk mereka.. akan aku berusaha untuk menjadi anak yg solehah dan berguna dimata mereka.. seperti mana yang aku rasa suatu ketika dulu bila aku lari daripada asrama.. aku akan buat yang terbaik.. insyaALLAH..


I miss u mom and dad!! really really miss u'll.. now it's study week.. i just can't go home.. got no money and i don't wanna ask y'll for some.. we'll meet each other during semester break! insyaAllah :)


Friday, December 20, 2013

Just a Little bit of Sugar :)

Assalammualaikum.. holaaaa!!

feeling excited.. just now, having dance practice for the upcoming vetcamp.. hehe dah lama giler tk menari, sekali kene goyang sikit.. punyalaa sakit pinggang.. confirm esok I jalan kengkang.. HAHAHAH.. balik-II je punyalah eksited nak tunjuk steps dekat rumet.. hampeh.. aku lupa sudah.. hahahahaah nyanyok menjadi-II.. anyway, its not actually the thing that i wanna share.. sebenarnya, i excited.. sebab ramai classmate puji I cun melecun hari ni *tu aku yang tambah, dorg cakap cantik je* =..=

sebab ape beb.. sebab I was wearing baju kurung.. hikhik.. well, selama ni aku tk pakai baju kurung pon.. sebab poie kelas naik motor.. hoi gila kau nak suruh aku oakai baju kurung.. ahahahah seksi lah I nanti.. ouchhhh.. tu yg I rasa macam tknak bukak baju je.. kalau boleh nak pakai baju kurung sama sampai esok.. ngehngeh,, nengok laa kita haa.. nway, tu je nak cakap.. babai.. assalam~


Monday, December 16, 2013

Nothing!

Assalammualaikum w.b.t...

Alhamdulillah.. done with all the assignments! sicked of making it all finish to the end.. especially the BAJU THINGS!! well, aku sangat tak suka bekerja dengan senior.. meaning here that i am the head of division.. but under me is my own senior.. so it is quite difficult to give commands.. macam laa mereka nak dengar.. kan? so aku sangatsangat menyampah.. suka hati nk buat itu ini ikut kepala hotak sendiri.. GTH laa ye.. buat keje bukan banyak mana pun.. ermmm.. Astaughfirullah.. marah lelebih plak aku ni..

next! having extra practical during weekend! it's quite enjoying sebab takda kekangan masa.. suka hati nak masuk kol bape n keluaq kol bape.. kalau macam lab biasa tu, ade limit dea.. well, rajin sebab ade lab test this Wednesday.. fuhhh, ANATOMY ok! ya Allah, semoga aku dpt buat yang terbaik!! :) all about muscle~ tuh baru aku study muscle, tulang belom lagi.. mashaALLAH.. banyak lagi yang tertinggal.. dah laa aku nyanyok.. acano nak engat semua tu.. ermmm.. tawakal laa ye~

KAWAN? okenggg.. i have this one type of friend.. aku takde laa baik sangat dengan dia.. but for sure, aku sangat selesa dengan dia.. dia tu quite understanding, comel dan ermmm.. entahlaa.. yang pelik tu, kekadang aku rindukan dia.. wth =='' i just cant explain this one thing laa.. aku tk baik sangat kot dengan dia! cuma ttarik dengan personaliti dea kot.. hahaha anyway, keep the good attitude kawan.. i can assure, most people suka berkawan dengan kau.. sebab kau baik!! seriously :)

CINTA? can i use that word?? or it just too earlier to use that =='' but i dont think so.. i am big enuf to get married ok.. cuma masa belum mengizinkan.. aku kan tengah belajar, takkan nak kahwin.. ermmm susahlaa dengan kos aku ni.. commitment dekat belajar, aktiviti lain, as isteri lagi.. i just can't! huhuhu memang laa ade je senior aku yg dah kawen.. tp aku ade tengok ex-clasmate aku.. skang dah tk belajar lepas kawin.. ok that is so rugi~ bukan senang laa nak belajar sekarang ni.. tak semua dapat peluang ni kan? yes, dulu aku tk berapa sedar pasal pentingnya degree.. but now bila aku tkpat JPA, aku paham.. sesuatu yang kita kejar tk semestinya akan dapat.. kita kene kejar dengan bsungguh-II!!

tu je sbenarnya yang nak aku cakapkan.. hahaha boring! oklaa, wasalam~

Friday, November 22, 2013

Friendship (3rd Chapter)

Sambungan..

it's 0:52 am already.. and aku menggigihkan jari jemari untuk sambung apa yang aku dah start.. and yet, kalau aku nak pegi tidur pon kompen berangan-II dulu atas katil.. hahaha macam insomnia gitu.. and aku cek stat entry aku.. ade regular pembaca nampaknya.. siapakah itu.. hahahah nway back to the main point.. *aku lupa kat mana aku berhenti tadi, hikhok* okok, pasal kejadian dalam tandas.. sampai sekarang laa kan aku tak boleh lupakan.. muka, nama, masa, tempat semua masih segar dalam ingatan aku.. taktahu aku nak gambarkan perasaan macam mana.. yang mampu aku buat masa tu, tahan air mata.. sebab tak sangka, dorang buat sesuatu yang unexpectable..

camni, sekolah punya tandas kan biasanya ade partition.. same goes to my school last time, ade banyak partition.. and right after habis waktu PJK, kena laa salin baju.. and aku antara yang cepat cop one partition.. aku sesenyap je.. memula tu senyap laa sebab tak ramai orang.. then at one time tu, semua dah ada dalam tandas tu *ruang besar, siap boleh golek-II atas lantai* ada laa jugak yang dah keluar dulu.. tu biasanya geng-II lain.. and yang salin baju reramai tak masuk partition ni geng-II budak yang kiranya glamour laa jugak.. dorang dok berborak-borak.. aku diam je dalam tu and saje pasang telinga apa yang dorang bualkan.. and once, jantung aku terasa macam kena panah petir.. my blood vessels got strike by the blood so hardly.. and i can't just imagine..

aku cam satu-II suara yang berkata-II.. yang aku pasti, dorang tengah mengumpat pasal aku.. orang yang beratur depan aku cakap.. "eh, nak tahu sesuatu tak.. Farah tu pencurik!".. blurpppp.. hitam dunia aku kena tuduh macam tu.. selama aku hidup, susah mana pun nak cari duit ibu ayah aku tak pernah ajar anak-II dia mencuri.. and ada lah yang tanya, kenapa cakap macam tu.. then she convinced everybody.. "sebab aku beratur depan dia, duit aku selalu hilang".. ok perangai macam bangkai.. yang lain pon ada jugak tetambah cerita.. "hah, aku pun sama, aku pun sama".. nampak tak? masa tu terasa macam, hurm.. ada bestfriend aku kat situ.. nasib baik dia diam je, sebab aku tk dengar suara dia berkata-II.. its ok, sekarang dah tak kawan pon.. hahahahah 

and when they started to make things get bigger plus aku pon dah tak sanggup nak dengar dorang tuduh-II aku tu, aku pon bukak pintu. keluar dengan muka selamba, pandang sinis dekat dorang.. aku tahan je airmata dari jatuh.. *cover brutal wehh* and dorang punya muka was like *shit, what the hell we were talking about* aku blahh macam tu je.. and aku nampak dorang rasa bersalah sebab kompem laa kan aku dengar semua.. orang bodoh je yang buat macam tkde ape-II.. just one thing yang aku rasa diorang sangat hina.. hina sebab umur setahun jagung dah pandai fitnah orang macam-II.. well, tu belum lagi bila dah besar.. hahahah even this thing happened when i was 12, aku rasa masa umur ni budak mentah macam aku tak patut buat.. berat kot tuduhan mencuri..

aku kesian laa, ibu ayah aku raised anak-II dia cukup baik.. and plus, duit sekolah aku lagi banyak daripada every single one of them.. buat apa aku nak mencurik!!!! setan semua tu.. sebab tu jugaklaa aku taksuka pergi sekolah.. muka baik masing-II, tapi hati busuk! hurmm, entalah.. sampai sekarang aku takboleh terima.. sebab aku rasa menuduh orang mencuri tanpa bukti tu sehina-hina perbuatan.. bangang abadi! kalau nak aku listkan nama siapa yang terlibat tu boleh sangat, tapi tak baik aibkan orang.. and because of that stupid humiliation to me, aku berazam.. aku berusaha nak jadi yang terbaik, kalahkan dorang dalam pelajaran and hidup senang happy dan aman! seriously, tu lah pembakar semangat untuk aku terus maju! thanks kawan-II yang buat aku macam sampah tu.. hikss ^^ walau belom berjaya mana pun aku, achievement aku sekarang ni pon rasanya boleh dibanggakan.. tulah matlamat aku.. 

ni baru cerita masa primary school.. tak masuk secondary school.. lagilah macam-II.. erkkk =,= sambung dalam next chapter! penat laa.. nak tido.. babaiii

Thursday, November 21, 2013

Friendship (2nd Chapter)

Sambungan..

Bila dah 7 tahun tu, kompem laa masuk primary school.. well, budak yang tak poie tadika.. kompem takot nak masok sekolah rendah sebab aku tgk ramai gila orang.. masa tu paling takut dengan budak darjah 6.. dorang besar gajah je aku tengok.. hahahaha well aku jumpa balik classmate aku yang masa tadika dulu.. its naturally occurrence bila masing-II ade geng.. gua tak sekolah dulu, mana ada geng.. hahahah tapi ade gua kesah *cehh, bajet hati kental sangat*.. aku pon cecuba laa kengkawan dengan sesapa je.. dapat laa kawan.. alaa, budak kecik kalau berkawan "awak, awak nak kawan dengan kita tak".. "eh, jangan kawan dengan dia".. "balik sekolah awak datang laa rumah kita, kita nak main masak-II".. well, main masak-II tu best sobab pakai api betol-II (gua budak kampung, so jangan banyak cakap!) kuali pon gua rembat ibu gua punya.. hahahah nakal =,= 

aku rasa masa aku darjah satu tu, attendance aku banyak telor.. senang cerita bukan darjah satu je, sepanjang sekolah rendah laa kot.. hahahah walau aku tak datang pon, aku dapat je join Hari Anugerah Sekolah.. gua dapat 100% exam rilek je.. hahahah *penangan tak sekolah* subhanallah, bukan niat untukku membangga diri.. cewahh tp itu kenyataan.. well masa aku sekolah rendah selalu gaduh-II mulut dengan budak-II gediks.. macam nak lempang je muka dia.. HAHAHAH over kan saya.. bebudak apa tahu.. dalam pada masa tu, takda kawan yang bebetol sangat laa kot kawan dengan aku.. kejap-II je baik dengan aku sebab aku selalu ponteng sekolah.. wkakaka padan muka saya =,= and sampai laa aku darjah 6..

masa ni laa yang aku banyak makan dalam dengan budak-II mangkok hayon.. sebab apa? sebab ada cerita disebaliknya.. begini cerita sedihnya bermula.. hurmmm, sedihh la nak cerita :'( well, aku dulu masa sekolah rendah sangat laa kocik.. pendek, kurus, comel lote.. hahahah *perasan kejap* malangnya, takda pulak gambar masa aku kekecik dulu.. so nak jadikan cerita, aku kompem akan beratur depan sebab kalau sekolah rendah kan beratur ikut ketinggian.. kira depan aku ade lagi dua tiga orang (Wani, Intan dll).. aku masih ingat! hahahah so bila ada assembly kena laa dudok atas tar.. masa darjah enam kelas aku paling hujung (kelas pandai laa konon).. additional info, kat sekolah dulu aku jadik pengawas perpustakaan n sangat aktif berzapin (I'm Johorean, kalau budak Johor tak reti nak berzapin sila buang negeri).. hahahah

ceritanya bukan pasal duduk dalam barisan.. tapi pasal satu kejadian yang aku takkan lupa sampailah aku mati.. walau pun baru darjah enam, tapi masa tu aku dah ada perasaan.. most of my girl friends pon dah reached puberty so i guess they have come to one level yang mana tahu bezakan baik n buruk (mumayyiz).. tapi aku takpaham, kenapa ada yang buat taik dengan aku.. that suited them really much.. kecik-II dah pandai tuduh-menuduh, dah besar?? hurmm benda tu jadi masa kelas aku ade PJK.. so pakai baju sukan laa, but then kena tukar uniform sekolah semula.. masa nak tukar tu lahhh.. tengtengteng.. benda tuh jadik depan mata aku sendiri..

Friendship.. (1st Chapter)

Bismillah.. Assalammualaikum..

Hi, ketemu lagi ye kita hahh.. anyway, tadi masa dalam kelas Genetics aku tersangat blurr.. even if I put 120% of focus dalam kelas tu pon aku tak pernah paham.. hakhak.. and for sure, bila test aku lagi lahh blurr, nyanyok pon menjadi-jadi.. cisss =..= actually, bukan tu yang aku nak cerita.. aku nak bukak cerita pasal FRIENDSHIP.. bukan cerita daripada MINAH (bukan nama sebenar) atau pon MANAF.. tapi this is my own experience.. terdetik nak bukak cerita macmni pasal semalam aku terbaca satu kisah sedih curator #MohonClash.. aku taktahulah kalau tu kebenaran mahupun khayalan semata-mata.. hihihi.. tapi yang aku nak cerita ni pasal benda betul laa.. cerita masa aku di bangku sekolah rendah lagi (ayat skema)..

Let's start with the first part of the story.. confirm laa anything happened in our lives mengikut kronologi.. heee.. masa aku tadika tumpang lima tahun, aku tersangatlah EKSITED nak ikut kakak aku (setahun tua daripada aku) pergi sekolah.. sebab dia tu gembeng, kalau pagi-II tu kompen menangis.. aku ni macam kental sikit laa, hahaha.. selalu nak back up dia.. kesian tengok dia.. huhuhu tapi one day yang aku tak sangka-II, ibu aku cakap.. "Farah, Farah tak payah sekolah lagi ye.. Farah susah bangun pagi" sambungnya lagi.. perghhh pedih hati aku waktu tu (cehh, berdrama pulak).. aku siyes beriya nak pergi sekolah, tapi mak aku pulak tak bagi.. apakah.. tapi memang salah aku, liat bangun pagi.. sayang bantal dengan katil.. hikhok ^^

and start daripada tulah, kemalasan untuk pergi sekolah membuak-II dalam diri aku.. sebab aku cakap dalam hati *kalau ibu dah tak bagi aku pergi sekolah, sampai bebila pon aku tknak pergi sekolah*.. ngehngeh alahai budak umur 5 tahun, manalah tahu.. tapi.. masalah nampak ketara masa aku masuk tadika 6 tahun.. serius aku selalu tak datang.. kalau seminggu tu, sehari je datang.. *like a boss*.. sampai cikgu ROS (bukan nama sebenar) sound aku dedepan.. dia cakap, kalau selalu tak datang, berhenti je.. bbbbrrr.. kurang asam jawa cikgu.. dah cikgu tu bagi aku greenlight takpayah sekolah, aku hooray laa.. hihihii tapi aku pelik, aku tak sekolah pon terer ABC.. aku tengok budak tadika mak aku tu (tahun 2013 kini) bangang dia menjadi-II.. ABC pon tak kenal, nakal dia masyaALLAH.. mengucap panjang aku, kekadang rasa nak hagol je kepala sesorang kt dinding.. aku masa sekolah kemain takot dengan cikgu, rasa macam cikgu tu ghimau je.. hakhak dahdah, Astaughfirullah ==''

Tuesday, November 19, 2013

It's Totally Wrong

Aku tahu yang aku dah buat satu kesalahan besar.. memulanya tak sengaja, lepas tu memang salah aku.. arghhhh.. kenapa kenapa kenapa! aku tak patut babitkan diri dalam masalah magkuk 4 tingkat tu.. sebab aku memang takda kene mengena pon dengan diorang.. adoiii, sekarang bila aku dah terbukak cerita, habislah.. diorang dah baik kot! bila aku cerita tu confirm masalah timbul lagi.. YA ALLAH.. ampunkan dosaku :( terasa nak menangis.. yelaa.. aku bebetul tersepit dengan keadaan.. sebab salah aku.. 

alright, benda ni jadik ikut kronologi laa kan.. ade laa few weeks before, sorang kawan aku ni (A) cuba berbaik dengan aku.. sebab dia bermasalah dengan geng dia.. and i noticed that she got problems with the rest.. and i asked her.. she told me everything.. yelaa, dengar sebelah pihak je kan.. aku diamkan je.. tak berkesempatan nak tanya yang selebihnya.. oupsss, memang tak nak tanya.. sebab kang di cap as suka jaga tepi kain orang.. actually aku tak berkenan pon nak tahu, sebab they are non of my business since aku tk baik langsung dengan dorang.. 

berapa hari lepas tu, they managed to forget that thing.. buat macam biasa.. so oklaa kan.. tadi aku lepak dengan one of member A yang baik ngan aku dulu.. selalunya aku and yang lagi sorang ni memang open laa cerita masalh.. dah terbiasa.. aku pon terlepas cakap pasal A tu.. pheewww :3 tak sangka pulak mangkuk yang ni pergi canang kat yang lain.. yang lain pon dok sebok cari aku.. nak dengar dari mulut aku sendiri.. dah dorang tanya, aku cakap jelaa apa yang aku tahu.. even banyak lagi yang aku tak cerita, cuma aku tahu salah mana pon si A aku tak patut cerita benda tu sume kat mangkuk-II yang lain.. dan  sekarang, aku terasa macam aku ni pon mangkok.. aigoo!!

lepas ni, memang aku berjaga-II dengan mangkok mulut tempayan tu.. tak sangka, confirm selama ni apa yang aku cerita kat dia mesti sampai kat tuan punya badan.. sejak kawan dengan bebudak yang ehem ni, da lain macam da aku tengok.. hahahaha lantaklaa.. sekarang aku rasa macam nak mintak maaf kt A sebab memang salah aku.. dah bermulalah episod kutuk-mengutuk antara satu sama lain (dorang laa).. aku malas amik port.. cuma satu je yang aku tk berkenan, A ni suka nak control hidup orang.. kalau boleh, kau nak akwan dengan sapa, kau buat apa, kau makan apa, kau nak kawin dengan sapa semua tu pon dea yang nak rancang.. but sorry laa kalau nak try buat kat aku.. 

Saturday, November 16, 2013

Aku dan Stress Berpisah Tiada

Asssalammualaikum..

Hi guys.. hurmmm, sabtu yang sangat tak best! Stress is everwhere.. start daripada semalam aku dah stress dengan paper ANATOMY.. sangat stress! Rasa macam sesia je apa yang aku revise tu.. 80 multiple choice questions and two esayys! Not exactly two.. each one ade pecahannya.. hurmmm.. tetiba rasa macam tak boleh nak carry on dengan course ni.. mashaALLAH.. wahai hati, besabarlahh.. plus, semalam aku stress pasal JPA.. hurmmm..

“ 15-11-2013 - Semakan Keputusan Penajaan JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2013
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh semakan keputusan permohonan penajaan JPA di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) bagi tahun 2013 akan diumumkan kelak. Sila semak laman ini dari masa ke semasa.

Sebarang kesulitan amat dikesali. Harap maklum.”

woi, aku ni hah yang kesal sangat dengan benda ni.. Bukan apa, dah setengah sem kot tunggu. Kalau dapat Alhamdulillah, kalau tk dapat at least takda laa aku nak berharap lama sangat.. hari tu postpone.. hari semalam postpone ag.. penat laa nak berdebar-II niii.. entahlaa, rasa macam tak boleh nak dapat je.. taktahu laa.. putus harapan dah aku ni.. kat twitter pon ade someone yang dok kecoh pasal JPA.. she’s like me.. second year student who tried for any chance.. but the way she talked, aku sangat tak suka.. result bajet gempakk *even memang gempak*.. tapi perlu ke nak bragging bagai.. macam nak lempang je.. “pointer aku 3.7++”.. euwww.. belagak ok belagak.. lagi laa buat aku stress.. dah tu siap cerita, dulu masa matrik cgpa lepas dah, tapi tk dapat jugak.. oklaa, part tu yang aku paling stress..


Malamnya pulak pasal uncle aku. Tak habis-II lagi rupanya. Entah apa yang dea tk puas hati sangat dengan bapak aku.. woii orang tua, bapak aku tu ORANG KURANG UPAYA! OKU tu abang kau, paham tak orang tua tk sedar diri? Fuhhh, meluap-II kemarahan aku bila baca post-II dea.. bukan tu je, siap labelled aku adik beradik as KURANG AJAR.. what d heck! Kau sapa nak label orang macam tu, PAKCIK aku pon bukan.. *sorry, aku tak mengaku manusia tak berakal macam tu as pakcik aku*.. belom ag keluar makcik aku yang mulut macam ******.. lagi dasyat.. depan kata lain, belakang.. ouhhh mak aii.. ceghangit mulot mengata orang.. tu pon sama tak sedar diri jugak.. dulu nganggor, kalau tak pakcik aku tolong dapatkan kerja sampai skang kau tak senang.. bila dah senang, punya lah berlagak!

Tambah lain pulak, pasal anak-II makcik aku.. semua pompuan.. well u know what i mean.. kalau dah perempuan tu, surely mulot pon jahat macam aku.. tapi yang ni lagilah pelik.. cakap belakang, maki hamun, bash orang semua kemain lagi.. bajet bagosss! Mentang laa orang senang.. nak ngata kami ni kurang ajar dengan pakcik-makcik.. ehhh, yang awak kurang ajar dengan kakak, mak n BAPAK sy tu apa nama dia? Oupps, tu BERSOPAN SANTUN ae? Terbaikkk.. bukan nak cakap apa laa, benda ni da lama jadik. Yang peliknya, selalu je ada yang jadik BATU API.. benda da settle kot.. susah kalau orang dah dudok terpencil dalam hutan seberang laut tu, seseuka hati nak make up story.. and cakap kita pulak yang tak tahu pape.. pakcikk.. kami semua dah besar, sekolah pon tinggi.. pehal pakcik nak bodoh-II kan kami ni? Kesian.. buatlaa dekat anak sedara yang bajet bagus tu.. dorang kan lembu.. senang kene tarik, kene tolak.. kalau suroh terjun gaung, ikut je.. hahahah.. apakah.. well, aku bukan cakap sesedap rasa *even if i know its mean!* tapi aku ade bukti.. hahah bijakkan aku?



 sorry la, bukan nak mengaibkan ke ape.. tapi bia ade bukti, tu PAKCIK aku yang post..so, be careful with everything that u're about to say..

Friday, October 4, 2013

Piece of Me :)

Assalammualaikum w.b.t..

Ouchhh, da lama gile tak post entry. Well, bila naik sem baru ni memang obviously busy dia berlipat kali ganda.. as what has been assigned, I got 7 lab and practicals in total for a week.. tak kira lagi buat kerja luar.. macam ape? Subject ethology.. ada study trip!  And yang penting, during my weekends! No way, I’m gonna miss my bed.. fuhhhh.. but what is the most important thing? Dah takda KOKO!! Jyeahhh.. 2 credit hours tu aku da buat past two semesters.. so rilek laa sikit.. and in your face laa for those yang tak amek koko sem lepas!! Wuuuu :3

Pejam celik pejam celik, aku dah start test 1.. the first test tu semalam (Khamis), paper ethology.. malam sebelum test tu, aku wat lek je.. siap main-II ag.. bukak nota, buat short notes, tapi nokhorom aku tak paham satu ape.. bahasa Inggeris dia mak aii.. hahaha, esoknya baru laa lincah kaduk nak hafal bagai =,= hahahah biasa laa.. university life! Study at the last minute (eleventh hour kate koww) and alhamduliilah, aku dapat bantai laa jawapan sume.. hahahah, Nampak tak permainannya kat situ.. and so-not-myself laa, aku keluar awal.. yeaaaahhhhaaa!!

And finish about ujian-thingy.. and we are counting down for our biggest event of the year! DOGATHON 2013!! I’m totally not under publicity division, and sorry for saying with a straight face.. aku Cleanliness Division.. well, it’s a good job guys.. tk kesa laa, janji boleh contribute something for that event! Just like the previous year, this is basically an annual event.. so its compulsory for each one of the vet-to-be! And yet, sangat-sangat best.. last year keje aku sangat busy.. under programmer division..


 so apa tunggu lagi, everyone is invited!

So, inilah aku yang sekarang..


this one was during ruminant practical.. kene tumbangkan lembu wehh! tapi sangat seronok.. and the upcoming lesson, kene buat rectal palpation :)


and for haters, please don't be so low-minded.. this is my job, well and yes.. we as vet, will cover the whole fields including swine production.. and Alhamdulillah, i got the chance to visit one of the swine farm in Sepang area.. and what i thought all this time is totally wrong.. the farm is quite clean.. what the best thing i've ever seen is the sow and the boar itself! it's really huge.. the sow brings about 10++ piglets alone.. wuuu :3 and each one of the piglets is so cute! no doubt guys, take a look at it by yourself once then u will know what i mean.. 


taddaaa.. and last word, don't judge someone by what she/he is doing.. coz u don't know what is their profession :)




Wednesday, April 10, 2013

It Starts in 3 2 1..

assalammualaikum.. hi peeps :) long time no see hah.. HAHAH.. okfine, broken habes =..= it's ok.. just back to the main point.. what is actually gonna happen? what is actually gonna start? yups, it seems like it did already happened to me.. yes! i'm in my second semester of being a vet student.. to be honest, it is a very interesting course to be in.. but deep in my heart, i am the only one who knows how it feels when u need to take a big responsibility.. hahaha.. ayat mengade-ngade pulakk..

alright.. here it goes.. as what i said in previous entry.. i've been accepted as a vet student.. jyeahhh!!! i was so happy.. why? because this is what my parents really want me to do.. and i'm glad as i can do what they want. for the past semester, it was full of suka dan duka.. theres so much thing to remember.. but being as a vet student, it makes me to open my mind.. widely!! i realized that this is a best opportunity to perform well.. jyeahh.. shine bright like a dimengggg!!


gambar kat atas ni, this is when we're doing our first time ever practical in Mini Zoo Kemaman.. it was so exciting!! seriously.. for y'll information, we were in group of six.. the one who was wearing t-shirt with purple in color is the one who has taught us a lot.. thanks Kak Ti :) there's someone left behind, the one who took that picture.. it's Bella



and we have 'Mektam' together with.. hmm.. i cant remember the name of the white horse =..= seriously.. we've been told by our lecturer in UPM that horse can't be easily handled by human.. they are unpredictable.. and yes.. when we deal with those creature, we really need to be extra cautious! hehe.. but, Mektam really gives us her cooperation.. we've got the opportunity to take her for a walk.. 

while doing our practical there, i was so happy and glad.. everytime i went for a visit to a place like this one.. i went for a visiting purpose, but this time.. it is totally different. people as a visitor looked at us.. we are as one of the staff at there.. we were wearing our uniform :) and i feel so proud of wearing it! because we are vet student!!



Sunday, March 31, 2013

What's Wrong With Tomorrow?

assalammualaikum wbt.. hi guys.. again, i really have a lot of things to share.. it's all bout my life, and now yes.. i feel so upset because of what i got for my first test result.. it's nutrition course.. and fact, its quite hard and tough tho.. what can i say is that this is the extending course from the previous one (veterinary biochemistry).. as the conclusion, i found it was really really difficult to learn.. and now, i'm struggling for the second chance.. i will be seated for the re-test of that course tomorrow.. 

please, just pray the best for me. and i have two subject test tomorrow.. it's nutrition and english test.. i'm just hoping that i would have the free-feel and so relief feeling tomorrow.. i hope that i can do the best for the rest of semester.. it might be so cool if i can get a scholarship for the second year of studies.. i come from a moderate family and well of course it sometimes goes really bad according to my financial aspect. i can really see the difference between myself and them (who got any scholarship).. the way we spend our money is so different, what i ate, what i used.. they don't have the same thing as mine..

it is totally not meant like i want to be pampered by all those convenience.. but just imagine if i have to ikat perut and eat only once in a day (sometimes) or else twice in a day.. how suffer i am actually.. but, it will never affect myself from being so passionate girl to achieve what i dream.. i will study hard and achieve for the best cause i have the intention to continue my study in the oversea.. inshaALLAH :D

Monday, March 4, 2013

And When The Tears Drop :'(

Assalammualaikum w.b.t.. alhamdulillah, alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi yang memberikan aku peluang untok bernafas pada hari ini. terlalu banyak dugaan yang aku tempuh hari demi hari. walaupun semakin hari semakin menjadikan aku lemah, aku tahu. Allah berikan aku peluang untok merasa semua ini sebab Dia sayangkan aku. Dia nak tengok aku jadi lebih kuat. stronger than before! yes, just believe in yourself. you can Farah. walaupun aku tahu, aku neh tak kuat tapi aku masih ada orang-II yang sayang aku. to be honest with myself! now im gonna lift the white flag. i just can't stand it anymore. baru aku nak pulih daripada musibah dulu, datang pulak yang lain. aku taktahu laa. mungkin aku terpaksa mengaku, segalanya berlaku berpunca daripada aku sendiri. ye, memang sebab aku sendiri. 

aku rindu, sangat merindui saat-II aku dan semua orang berbaik. takde masalah. terutamanya dengan family aku sendiri. dengan kakak-II ku sendiri. semuanya tinggal kenangan bila aku bertindak macam tuh. ye, aku mengaku.. sangat teruk. aku bukanlah adik yang baik. sangat terkesan bila makan, minum, tidur, pakai, kesihatan dan segalanya takde sape yang amik kesah. aku rasakan nye sekarang. lagi perit rasanya bila aku tagihkan siket kasih sayang dan keprihatinan daripada keluarga yang kat kampung. setiap hari aku contact, sampaikan kakak aku naik bosan dengar aku luahkan kata-II kerinduan pada mereka. barangkali. hari-II aku cakap aku sayang ibu ayah, aku sayang kakak aku, aku sayang adik-II aku. ye, aku sayang mereka semua. 



aku rindu kehidupan aku yang dulu. aku menyesal dengan semua yang dah berlaku. atas segala kesilapan yang aku lakukan terhadap orang-II sekeliling aku. aku nak perbetulkan keadaan, tapi aku taktahu nak start kat mana dulu. aku sedar, bila aku susah baru aku nak dekat pada Allah. aku sedar!tapi pada siapa lagi aku boleh mengadu? pada siapa lagi yang nak dengar semua rintihan hati aku ni? pada siapa lagi yang mampu tolong aku? aku taktahu. aku taknak mengadu pada ibu ayah, aku taknak bebankan dorang. tak cukup ke lagi bebanan yang aku bagi pada dorang? i really really miss those moments when i feel free to smile all the time. when i dont have to keep this hard feeling alone. i do really love all these!!


memang hati aku tak tertanggung rendu dengan anak-II buah aku. tak dapat aku menahan airmata kerinduan bila tengok gambar dorang berdua. ayon, ofan.. ketahuilah bahawa acki tat sayang sangat korang berdua. acik tat rendu sangat nan ayon nan ofan. kalau acik tat takde, jangan lupakan acik tat pulak :') ibu ayah.. aku balik masa tuh sebab nak mintak ampun dan maaf dengan dorang. terlalu berbakul dosa yang aku kumpol :'( farah mintak ampun dengan ibu ayah. farah sayang sangat dengan ibu ayah. terima kasih sebab dah besarkan farah dengan baik sekali. buruknya farah hari ini bukan sebab kekurangan ibu ayah, tapi sebab kedegilan dan kesalahan fara sendiri. 

satu-II nya adik lelaki kesayangan aku. HAKIM =) akim takot dengan aku, garang macam singa katanya. aku bukan nak berniat marah-II, suruh-II dan tengking-II dia. aku pon tak paham dengan perangai buruk aku neh. adik selalu pesan kat aku, balik laa kampung. adik rindu dengan kakak. seriously, i'm touched. aku rasa menyesal bila tak hargai masa-II yang bahagia tuh dengan dorang. sangatlah rugi. dan sekarang aku sendiri dah merasa kesusahan tuh. bila hidup tanpa dibela, tanpa dikesah, tanpa dihirau. sepanjang masa ini, aku sakit tidak ada siapa pun yang mengambil berat sebagaimana yang aku rasa dulu. aku sedih. perit rasanya.


neh masa-II dulu. mana boleh rasa lagi. semua nya angan-II aku je pon. mungkin lepas neh aku akan jadik lebih susah. aku akan lebih terseksa. aku taktahu macamne nak survive. aku taktahu kalau aku boleh ke tak.. aku tak yakin dengan diri aku, aku nak mintak maaf dan ampun dengan orang-II sekeliling aku. aku banyak buat salah. aku mengaku. aku tahu, aku bukan yang baik, bukan yang bagus. cuma satu yang mampu aku buat, aku mintak ampun dengan semua orang. tu je yang aku mampu buat :'( aku takot kalau ibu, ayah, kakak-II, adik-II dan kengkawan sume takdapat nak maafkan aku. ye, semakin hari aku rase semakin jauh dengan semua orang. aku rasa semakin kehilangan. mungkin Allah nak bagi aku bersedia untuk menghadapi kehilangan yang besar. insyaAllah aku akan persiapkan diri. dan aku taktahu kenapa aku rase macam sesuatu yang lebih besar akan berlaku. aku dapat rasakannya :'(

Tuesday, February 26, 2013

This is What I Feel :'(

Assalammualaikum w.b.t..

it is so suddenly when i feel really like to write something here. seriously, its about what i feel right now! betapa pilunya aku rasa bila kakak aku post gamba slip gaji ayah aku..



even if it was 10 years ago! when i was 10, my along was 17, my angah was 14, my eda was 11, my lil sis was 8 and lil bro was waiting another 2 months untok lahir ke dunia :'( just imagine, lima beradik tengah rancak bersekolah.. ibu tengah sarat ngandung.. hmm.. what can i say about 10 years ago.. ibu selalu sakit.. because da lame tak ngandung, and there was a bit complication while pregnancy.. we were taking care of her bergilir-II.. setiap sorang akan PONTENG sekolah dlm seminggu tuh.. and early as 10, aku da belajar camne nak prepare makanan ntok orang sakit. yes, especially for my mum. because of her sickness, setiap makanan kene ikut aturan yg doktor bagi.. ini tak boleh itu tak boleh, just because to maintain her health. aku still ingat, aku selalu buatkan SAMBAL BERANAK (bunyinye memang pelik, tapi sedap!) untok ibu. she liked it very much even it was just a dish that i can prepare well.. just imagine, aku baru 10! berhingus ag kot..

still, i cant even think macamne ayah bole sara kitorang sekeluarga. mungkin orang nampak kitorang neh riuh-rendah tak kire masa.. but who knows, deep in our hearts we kept this big secret! straightly cakap laa kan, susah macamne lagi yg tak pernah kami rasa? yang paling aku ingat.. there was one time bila eletrik uma kene potong.. beberapa hari kitorang bergelap and main dengan lilin. and yes, for sure masa tuh kitorang yang kanak-II neh seronok dapat main api. tapi apa perasaan ayah n ibu?? :'( ya Allah.. belom lagi cite kalau pasal transport. tersangatlah susah.. i just cant say much, tears gonna drop! yang paling aku ingat bila ayah n ibu berhabisan ntok hantar aku sambung belajar dekat MRSM.. ye, sebulan je bertahan pastuh aku berkeras nak balik. situ je da nampak.. aku mang banyak menyusahkan.. and that is why i promised to myself, aku akan balas jasa dorang.. its fine for me! aku mang belajar skang neh ntok dorang.. ape yang aku nak adelah ape yang dorang nak.. ibu n ayah nak sangat aku jadi DOKTOR VET.. insyaALLAH.. kalau berjaya, 4 tahun lagi aku akan bergelar Doktor Vet =) everything is just for them!

there will be no one can replace ibu n ayah dalam dunia neh.. they want for the best to us, and i promised i'll be giving the best in return!! insyaALLAH.. may God helps us..

My Blog List

Search This Blog