Pages

Sunday, December 22, 2013

The Start of Study Week!

Assalammualaikum..
Holaaaa!!

hari ni adalah hari kedua study week.. ermmm biasalah, awal-II ni mana lah nak study sangat.. takda mood katanya kan! semalam.. semalam sangat best.. sebab jadik volunteer untuk satu program.. tu peringkat universiti katanya.. and yang penting, dapat duit.. hahahah oklaa sehari 30rm.. sapa nak bagi kan? hehehehe tetengah takda duit ni, baguih sangat laa kan.. at least dapat nak tampung aku masa study week.. at least :) and aku bawah encik Safwan.. kene jual buku.. again, its all about money.. and dea bagi kepercayaan untuk aku pegang duit.. again =='' bukan sesikit ye mak, hari tu punye keuntungan saje dah berbelas ribu hengget.. fuhhh.. dasyat kan..

and bila aku libatkan diri dalam program postgraduate *master and PhD student* barulah aku nampak.. dorang tu semua sesenang belaka.. beli buku nipis harga 50rm keatas tk jadi masalah.. kekadang sorang je spend about 200rm on that time.. seriously, i'm quite shocked laa.. and aku tahu, kalau nak menimba ilmu tu tk kira kau berumur berapa.. sebab yang kat situ, daripada umur muda 20an sampai laa ade yang pangkat atok nenek.. serius wehh.. and ade yang hensem-II!! hikhik..


Hi awak! comel tk kak ton? ahahhaahah


ni laa volunteer-II nya.. u guys r awesome!!

start daripada pepagi buta, sampai laa ke petang.. memang penat..dengan sakit kepala semua.. tp ade makanan yang tak habis tu, kitorang bedal laa kan.. roti tk payah cakap laa.. berduyun-II bawak balik.. boleh dimakan semasa study.. hahahahah seronoknya! roti gardenia plak tu.. hikhik..

tapi aku ada satu benda yang.. *ermm* tulahh bila kawan sendiri.. jumpa kawan lama dia balik, nak beseronok mana ingat kita kan.. cer bila takde kawan lama tu.. ermmmm rasa macam.. entahlah.. nak kecik hati, tapi malas.. macam no use.. buat ape.. kan? yang penting aku happykan hidup aku sendiri..



Saturday, December 21, 2013

Up and Down in the Sea of Life

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum..

Ya Allah, kuatkan semangat hambamu ini.. terlalu banyak dugaan yang mendatang.. bertimpa-II.. takdapat aku tanggung.. aku hanya mampu mengalirkan airmata.. hati, jangan mudah berputus asa sayang.. Allah sygkan kau.. Allah nak uji kau.. jangan kalah dalam medan pertempuran ni.. dah setengah jalan menuju kejayaan.. ibu, ayah.. farah terlalu sayangkan ibu dan ayah.. kalau something berlaku, farah sanggup korbankan nyawa dan segalanya.. tp farah rindukan kita yang dulu.. bukan yang sekarang.. takpe, kita cuba perbaiki satu persatu dulu.. farah akan cuba yang terbaik.. kalau pun masa bersama ayah tk panjang, biarlah setiap sorang daripada kita menghargai ayah selagi dia masih ada.. 

teguran.. jangan anggap teguran daripada orang yang lebih muda itu sampah.. peringatan buat diri sendiri juga.. jangan anggap orang yang lebih muda itu tidak matang.. jangan anggap orang yang lebih muda tidak tahu apa-II.. peringatan buat diri sendiri.. aku kene belajar terima pandangan orang lain.. dudok dan hayati.. apa yang dah aku lakukan terhadap semua orang lain.. adakah aku buat perkara yang betul? mana yang tak betul tu, jangan dijadikan amalan.. buang jauh-II selagi mampu.. walaupun umur aku sekadar kepala 2, tapi aku sepatutnya lebih arif untuk mentafsir keadaan.. kesusahan yang aku hadapi seharusnya mengajar aku untuk lebih kuat dan waspada..

kalau pun darah daging aku sendiri nak buang aku jauh-II, aku redha.. sebab Allah ade bersama aku.. hanya disebabkan teguran atas tuduhan yang tak berasas.. aku tetap berpegang pada prinsip aku.. aku cuma tak sanggup bila ayah ibu diperlakukan seperti bukan sesiapa.. aku tak mampu.. terlalu banyak pengorbanan mereka terhadap aku.. terlalu banyak.. maafkan anakmu ini.. masa untuk aku balas jasa-II mereka belum tiba lagi.. jika dipanjangkan umur, akan aku balas satu persatu yang telah mereka korban untuk aku.. kalau pun aku tkda gaji besar satu hari nanti, akan ku pastikan duit hasil titik peluhku itu diberkati olehNya.. tak banyak yang boleh dibagi, sikit pun jadi..

ya aku kene terus kuat.. ingat semula tujuan aku berada kat sini.. untuk mereka.. mereka yang berkehendakkan aku disini.. aku dah berjanji sejak kali pertama jejakkan kaki disini.. aku buat ikhlas untuk mereka.. akan aku berusaha untuk menjadi anak yg solehah dan berguna dimata mereka.. seperti mana yang aku rasa suatu ketika dulu bila aku lari daripada asrama.. aku akan buat yang terbaik.. insyaALLAH..


I miss u mom and dad!! really really miss u'll.. now it's study week.. i just can't go home.. got no money and i don't wanna ask y'll for some.. we'll meet each other during semester break! insyaAllah :)


Friday, December 20, 2013

Just a Little bit of Sugar :)

Assalammualaikum.. holaaaa!!

feeling excited.. just now, having dance practice for the upcoming vetcamp.. hehe dah lama giler tk menari, sekali kene goyang sikit.. punyalaa sakit pinggang.. confirm esok I jalan kengkang.. HAHAHAH.. balik-II je punyalah eksited nak tunjuk steps dekat rumet.. hampeh.. aku lupa sudah.. hahahahaah nyanyok menjadi-II.. anyway, its not actually the thing that i wanna share.. sebenarnya, i excited.. sebab ramai classmate puji I cun melecun hari ni *tu aku yang tambah, dorg cakap cantik je* =..=

sebab ape beb.. sebab I was wearing baju kurung.. hikhik.. well, selama ni aku tk pakai baju kurung pon.. sebab poie kelas naik motor.. hoi gila kau nak suruh aku oakai baju kurung.. ahahahah seksi lah I nanti.. ouchhhh.. tu yg I rasa macam tknak bukak baju je.. kalau boleh nak pakai baju kurung sama sampai esok.. ngehngeh,, nengok laa kita haa.. nway, tu je nak cakap.. babai.. assalam~


Monday, December 16, 2013

Nothing!

Assalammualaikum w.b.t...

Alhamdulillah.. done with all the assignments! sicked of making it all finish to the end.. especially the BAJU THINGS!! well, aku sangat tak suka bekerja dengan senior.. meaning here that i am the head of division.. but under me is my own senior.. so it is quite difficult to give commands.. macam laa mereka nak dengar.. kan? so aku sangatsangat menyampah.. suka hati nk buat itu ini ikut kepala hotak sendiri.. GTH laa ye.. buat keje bukan banyak mana pun.. ermmm.. Astaughfirullah.. marah lelebih plak aku ni..

next! having extra practical during weekend! it's quite enjoying sebab takda kekangan masa.. suka hati nak masuk kol bape n keluaq kol bape.. kalau macam lab biasa tu, ade limit dea.. well, rajin sebab ade lab test this Wednesday.. fuhhh, ANATOMY ok! ya Allah, semoga aku dpt buat yang terbaik!! :) all about muscle~ tuh baru aku study muscle, tulang belom lagi.. mashaALLAH.. banyak lagi yang tertinggal.. dah laa aku nyanyok.. acano nak engat semua tu.. ermmm.. tawakal laa ye~

KAWAN? okenggg.. i have this one type of friend.. aku takde laa baik sangat dengan dia.. but for sure, aku sangat selesa dengan dia.. dia tu quite understanding, comel dan ermmm.. entahlaa.. yang pelik tu, kekadang aku rindukan dia.. wth =='' i just cant explain this one thing laa.. aku tk baik sangat kot dengan dia! cuma ttarik dengan personaliti dea kot.. hahaha anyway, keep the good attitude kawan.. i can assure, most people suka berkawan dengan kau.. sebab kau baik!! seriously :)

CINTA? can i use that word?? or it just too earlier to use that =='' but i dont think so.. i am big enuf to get married ok.. cuma masa belum mengizinkan.. aku kan tengah belajar, takkan nak kahwin.. ermmm susahlaa dengan kos aku ni.. commitment dekat belajar, aktiviti lain, as isteri lagi.. i just can't! huhuhu memang laa ade je senior aku yg dah kawen.. tp aku ade tengok ex-clasmate aku.. skang dah tk belajar lepas kawin.. ok that is so rugi~ bukan senang laa nak belajar sekarang ni.. tak semua dapat peluang ni kan? yes, dulu aku tk berapa sedar pasal pentingnya degree.. but now bila aku tkpat JPA, aku paham.. sesuatu yang kita kejar tk semestinya akan dapat.. kita kene kejar dengan bsungguh-II!!

tu je sbenarnya yang nak aku cakapkan.. hahaha boring! oklaa, wasalam~

Friday, November 22, 2013

Friendship (3rd Chapter)

Sambungan..

it's 0:52 am already.. and aku menggigihkan jari jemari untuk sambung apa yang aku dah start.. and yet, kalau aku nak pegi tidur pon kompen berangan-II dulu atas katil.. hahaha macam insomnia gitu.. and aku cek stat entry aku.. ade regular pembaca nampaknya.. siapakah itu.. hahahah nway back to the main point.. *aku lupa kat mana aku berhenti tadi, hikhok* okok, pasal kejadian dalam tandas.. sampai sekarang laa kan aku tak boleh lupakan.. muka, nama, masa, tempat semua masih segar dalam ingatan aku.. taktahu aku nak gambarkan perasaan macam mana.. yang mampu aku buat masa tu, tahan air mata.. sebab tak sangka, dorang buat sesuatu yang unexpectable..

camni, sekolah punya tandas kan biasanya ade partition.. same goes to my school last time, ade banyak partition.. and right after habis waktu PJK, kena laa salin baju.. and aku antara yang cepat cop one partition.. aku sesenyap je.. memula tu senyap laa sebab tak ramai orang.. then at one time tu, semua dah ada dalam tandas tu *ruang besar, siap boleh golek-II atas lantai* ada laa jugak yang dah keluar dulu.. tu biasanya geng-II lain.. and yang salin baju reramai tak masuk partition ni geng-II budak yang kiranya glamour laa jugak.. dorang dok berborak-borak.. aku diam je dalam tu and saje pasang telinga apa yang dorang bualkan.. and once, jantung aku terasa macam kena panah petir.. my blood vessels got strike by the blood so hardly.. and i can't just imagine..

aku cam satu-II suara yang berkata-II.. yang aku pasti, dorang tengah mengumpat pasal aku.. orang yang beratur depan aku cakap.. "eh, nak tahu sesuatu tak.. Farah tu pencurik!".. blurpppp.. hitam dunia aku kena tuduh macam tu.. selama aku hidup, susah mana pun nak cari duit ibu ayah aku tak pernah ajar anak-II dia mencuri.. and ada lah yang tanya, kenapa cakap macam tu.. then she convinced everybody.. "sebab aku beratur depan dia, duit aku selalu hilang".. ok perangai macam bangkai.. yang lain pon ada jugak tetambah cerita.. "hah, aku pun sama, aku pun sama".. nampak tak? masa tu terasa macam, hurm.. ada bestfriend aku kat situ.. nasib baik dia diam je, sebab aku tk dengar suara dia berkata-II.. its ok, sekarang dah tak kawan pon.. hahahahah 

and when they started to make things get bigger plus aku pon dah tak sanggup nak dengar dorang tuduh-II aku tu, aku pon bukak pintu. keluar dengan muka selamba, pandang sinis dekat dorang.. aku tahan je airmata dari jatuh.. *cover brutal wehh* and dorang punya muka was like *shit, what the hell we were talking about* aku blahh macam tu je.. and aku nampak dorang rasa bersalah sebab kompem laa kan aku dengar semua.. orang bodoh je yang buat macam tkde ape-II.. just one thing yang aku rasa diorang sangat hina.. hina sebab umur setahun jagung dah pandai fitnah orang macam-II.. well, tu belum lagi bila dah besar.. hahahah even this thing happened when i was 12, aku rasa masa umur ni budak mentah macam aku tak patut buat.. berat kot tuduhan mencuri..

aku kesian laa, ibu ayah aku raised anak-II dia cukup baik.. and plus, duit sekolah aku lagi banyak daripada every single one of them.. buat apa aku nak mencurik!!!! setan semua tu.. sebab tu jugaklaa aku taksuka pergi sekolah.. muka baik masing-II, tapi hati busuk! hurmm, entalah.. sampai sekarang aku takboleh terima.. sebab aku rasa menuduh orang mencuri tanpa bukti tu sehina-hina perbuatan.. bangang abadi! kalau nak aku listkan nama siapa yang terlibat tu boleh sangat, tapi tak baik aibkan orang.. and because of that stupid humiliation to me, aku berazam.. aku berusaha nak jadi yang terbaik, kalahkan dorang dalam pelajaran and hidup senang happy dan aman! seriously, tu lah pembakar semangat untuk aku terus maju! thanks kawan-II yang buat aku macam sampah tu.. hikss ^^ walau belom berjaya mana pun aku, achievement aku sekarang ni pon rasanya boleh dibanggakan.. tulah matlamat aku.. 

ni baru cerita masa primary school.. tak masuk secondary school.. lagilah macam-II.. erkkk =,= sambung dalam next chapter! penat laa.. nak tido.. babaiii

Thursday, November 21, 2013

Friendship (2nd Chapter)

Sambungan..

Bila dah 7 tahun tu, kompem laa masuk primary school.. well, budak yang tak poie tadika.. kompem takot nak masok sekolah rendah sebab aku tgk ramai gila orang.. masa tu paling takut dengan budak darjah 6.. dorang besar gajah je aku tengok.. hahahaha well aku jumpa balik classmate aku yang masa tadika dulu.. its naturally occurrence bila masing-II ade geng.. gua tak sekolah dulu, mana ada geng.. hahahah tapi ade gua kesah *cehh, bajet hati kental sangat*.. aku pon cecuba laa kengkawan dengan sesapa je.. dapat laa kawan.. alaa, budak kecik kalau berkawan "awak, awak nak kawan dengan kita tak".. "eh, jangan kawan dengan dia".. "balik sekolah awak datang laa rumah kita, kita nak main masak-II".. well, main masak-II tu best sobab pakai api betol-II (gua budak kampung, so jangan banyak cakap!) kuali pon gua rembat ibu gua punya.. hahahah nakal =,= 

aku rasa masa aku darjah satu tu, attendance aku banyak telor.. senang cerita bukan darjah satu je, sepanjang sekolah rendah laa kot.. hahahah walau aku tak datang pon, aku dapat je join Hari Anugerah Sekolah.. gua dapat 100% exam rilek je.. hahahah *penangan tak sekolah* subhanallah, bukan niat untukku membangga diri.. cewahh tp itu kenyataan.. well masa aku sekolah rendah selalu gaduh-II mulut dengan budak-II gediks.. macam nak lempang je muka dia.. HAHAHAH over kan saya.. bebudak apa tahu.. dalam pada masa tu, takda kawan yang bebetol sangat laa kot kawan dengan aku.. kejap-II je baik dengan aku sebab aku selalu ponteng sekolah.. wkakaka padan muka saya =,= and sampai laa aku darjah 6..

masa ni laa yang aku banyak makan dalam dengan budak-II mangkok hayon.. sebab apa? sebab ada cerita disebaliknya.. begini cerita sedihnya bermula.. hurmmm, sedihh la nak cerita :'( well, aku dulu masa sekolah rendah sangat laa kocik.. pendek, kurus, comel lote.. hahahah *perasan kejap* malangnya, takda pulak gambar masa aku kekecik dulu.. so nak jadikan cerita, aku kompem akan beratur depan sebab kalau sekolah rendah kan beratur ikut ketinggian.. kira depan aku ade lagi dua tiga orang (Wani, Intan dll).. aku masih ingat! hahahah so bila ada assembly kena laa dudok atas tar.. masa darjah enam kelas aku paling hujung (kelas pandai laa konon).. additional info, kat sekolah dulu aku jadik pengawas perpustakaan n sangat aktif berzapin (I'm Johorean, kalau budak Johor tak reti nak berzapin sila buang negeri).. hahahah

ceritanya bukan pasal duduk dalam barisan.. tapi pasal satu kejadian yang aku takkan lupa sampailah aku mati.. walau pun baru darjah enam, tapi masa tu aku dah ada perasaan.. most of my girl friends pon dah reached puberty so i guess they have come to one level yang mana tahu bezakan baik n buruk (mumayyiz).. tapi aku takpaham, kenapa ada yang buat taik dengan aku.. that suited them really much.. kecik-II dah pandai tuduh-menuduh, dah besar?? hurmm benda tu jadi masa kelas aku ade PJK.. so pakai baju sukan laa, but then kena tukar uniform sekolah semula.. masa nak tukar tu lahhh.. tengtengteng.. benda tuh jadik depan mata aku sendiri..

My Blog List

Search This Blog